Thursday, November 26, 2015

Berbuat Ikhlas

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : "Yang sangat aku takuti atas kamu adalah syirik kecil." Sahabat bertanya : "Yaa Rasulullah S.A.W apakah syirik kecil itu." Jawab baginda : "Riya' , pada hari pembalasan kelak Allah S.W.T berkata kepada mereka ; Pergi lah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia , lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapat kebaikkan dari mereka."


Monggo simak baik-baik ;)


Riya' adalah beramal untuk dilihat orang , dipuji. Abu Lais berkata : Dikatakan kepada mereka sedemikian itu karena amal perbuatan mereka ketika di dunia secara tipuan , maka dibalas demikian


Allah S.W.T membalas tipuan mereka itu dengan membatalkan semua amal perbuatan mereka itu. Karena mereka dahulu tidak beramal untuk Allah S.W.T , tiap amal yang tidak dikerjakan ikhlas untuk Allah S.W.T tidak sampai kepada-Nya

Abu Lais meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah R.A , Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Allah S.W.T telah berfirman :
      "Aku yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat
      dari segala amal yang di persekutukan kepada lain dari Ku ,
      maka aku lepas bebas dari amal itu."


Hadist ini sebagai dalil bahawa Allah S.W.T tidak menerima amal kecuali yang ikhlas melulu kepada-Nya. Maka jika tidak ikhlas tidak diterima dan tidak ada pahalanya bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam

Tersebuat dalam Surah Al-Isyrak :
     Sesiapa yang ingin kan dunia dengan amalnya , kami berikan
     kepadanya dari kekayaan dunia dan bagi sesiapa yang kami
     kehendaki kebinasaan nya , kemudian kami masukkan dia
     kedalam
neraka jahannam sebagai seorang terhina dan terusir
     jauh dari rahmat Allah S.W.T. Dan sesiapa yang inginkan akhirat
     dan berusaha dengan sungguh dan
ikhlas dan disertai iman ,
     maka usaha amal mereka itulah yang terpuji


Dari ayat ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah S.W.T maka akan diterima sedangkan yang beramal tidak kerana Allah S.W.T tidak akan diterima dan hanya mendapat laelah dan susah semata-mata

Dari Abu Hurairah R.A , Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
      Ada kalanya orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari
      puasanya kecuali lapar dan dahaga serta ada kalanya orang yang
      bangun malam tidak mendapar apa-apa dari ibadatnya kecuali
      mengantuk , yakni tidak mendapat pahala dari amalnya


Orang yang beramal dengan Riya' dan Suma'ah itu bagaikan seorang yang keluar ke pasar dengan mengisi dompetnya dengan batu , semua orang berasa kagum dan berkata : Alangkah penuhnya dompet wang orang itu. Tetapi sama sekali tidak berguna bagi orang itu kerana tidak dapat di belanjakan uang itu , hanya semata-mata mendapat pujian orang. Demikina jugalah orang yang beramal dengan Riya' dan Suma'ah tidak tidak ada pahalanya di akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Furqan ayat 23 :
       "Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka lalu kami
       jadikan debu yang berhamburan."


Seorang datang kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata :
      "Yaa Rasulullah , aku bersedekah dengan mengharap keridhoaan
      dari Allah dan ingin juga disebut kebaikkan aku."

Maka turunlah ayat 111 Surah Al-Kahfi :

      "Maka sesiapa yang berharap akan bertemu tuhannya , maka
      hendaklah berbuat amal yang baik dan janganlah
      mempersekutukan Allah S.W.T dalam semua ibadatnya."


Sesiapa yang takut tetapi tidak berhati-hati maka tidak berguna takut itu. Seperti berkata : Aku takut siksa Allah S.W.T tetapi tidak
                                      hati-hati dari dosa , maka tidak berguna
                                      takutnya itu


Sesiapa yang berharap tetapi tidak beramal maka sia-sia harapnya itu. Sesiapa yang niat tapi tidak dilaksanakan , tidak berguna niatnya itu. Sesiapa yang berdoa tanpa usaha , maka sia-sia doanya itu. Sesiapa yang ishtigfar tanpa menyesal , maka tidak berguna ishtigfarnya itu. Sesiapa yang beramal tanpa ikhlas makan sia-sia amalnya itu


Created by : NILA ULIATUR RACHMA #22

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين

No comments:

Post a Comment